Jalan Jalan Hakone - Bahagian 2

Sambungan dari Bahagian 1...

Sejurus turun dari ropeway di Stesen Togendai, dah ada kapal lanun menanti. Kapal ini membelah Tasik Ashi yang terbentuk daripada letupan gunung berapi lebih 800 tahun yang silam. Kedudukan tasik ni 741 meter dari paras laut. 

Dari kapal, boleh nampak Gunung Fuji nun jauh di sana. Nasib aku baik hari tu sebab Gunung Fuji terkenal dengan sifatnya yang gemar berselindung di sebalik awan.

Kapal lanun ni setinggi 4 tingkat. Semua tingkat boleh diredah. Ini tingkat paling bawah.

Masih lagi dalam kapal. Dekat-dekat dengan bilik kapten.

Kapal akan berhenti di 2 stesen. Kalau stesen pertama namanya Moto-Hakone, jangan turun. 

Dan jangan panik kalau ramai yang turun. Tunggu dan teruskan perjalanan sehingga ke stesen kedua, iaitu Hakone-Machi. Dari sini kita jalan kaki kira-kira 2 KM ke Moto-Hakone. Baru dapat rasa aura ketenangan Hakone.

Makhluk-makhluk yang cuba mengganggu ketenangan Hakone.

Di hadapan Hakone Sekisho. Berfungsi sebagai checkpoint di Zaman Edo (1603-1868). 

Waktu zaman tu, Jepun ada 5 jalan utama sahaja. Salah satu jalan tu bernama Tokaido yang menghubungkan Kyoto dan Edo (nama lama Tokyo). Jadi sesiapa yang lalu Jalan Tokaido, akan dilakukan pemeriksaan permit, beg dan sebagainya di Hakone Sekisho.

Waktu aku sampai di persekitaran Hakone Sekisho, jam sudah pun hampir 5:30 petang. Walaupun ini kawasan tarikan pelancong, malangnya banyak kedai-kedai yang dah nak tutup. Macam pakcik ni, dia basuh lantai dulu sebelum kedai ditutup sepenuhnya.

Bahkan di sekitar jam yang sebenarnya masih awal lagi itu, dah banyak pun kedai-kedai yang tutup! Aiyak cepatnya tutup!

Antara kedai cenderamata yang dah tutup awal. Rekabentuk yang lama dan klasik.

Inilah dia sebahagian daripada Jalan Tokaido yang masih wujud, iaitu salah satu daripada 5 jalan utama di Jepun di zaman silam. 

Dah lebih 400 tahun usianya. Orang dulu-dulu guna jalan inilah untuk berulang-alik dari Kyoto dan Edo sejauh hampir 500 KM. Dan majoriti mereka berjalan kaki. Bahagian jalan ni dinamakan "Cedar Avenue" disebabkan pokok-pokok Cedar yang tinggi menjulang dan besar gadang sepanjang 550 meter.

Bagi aku, di sinilah lokasi terbaik untuk menjamu mata. Gunung Fuji ada. Tasik Ashi ada. Orang rumah aku pun ada. Haha.


// Roman Jalanan © 2017
---

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/994304680675962
Jalan Jalan Hakone - Bahagian 2 Jalan Jalan Hakone - Bahagian 2 Reviewed by Kuih Kehidupan on 11:00:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.