Rojak Tokyo 3

Sambungan Rojak Tokyo 2. Dan rojak terakhir!

Shibuya tetap tempat nombor 1 bagi aku kalau nak rasa kehidupan malam Tokyo. Waktu aku lalu sini awal pagi hari minggu, Shibuya seakan "mati". Tapi malam lain pula kisahnya.

Sesudah siang melabuhkan tirai, lampu-lampu malam Tokyo akan mendendangkan jiwa yang lara!

Suasana malam Ginza tak semeriah di Shibuya. Aku rasa mungkin sebab Ginza adalah kawasan untuk orang-orang kaya berhibur. Di sini ada banyak kedai mahal berjenama seperti Louis Vuitton.

Di Ginza ada Uniqlo terbesar di dunia. 12 tingkat tingginya. Bagi orang Jepun, Uniqlo ini jenama biasa-biasa sahaja. Macam aku cakap tadi, Ginza ini kawasan pusat gedung-gedung elit. Dipendekkan cerita, banyak kedai mahal ni dah bungkus tikar. Jadi kedai-kedai biasa seperti Uniqlo pun mengambil alih.

Di Uniqlo Tingkat 12. Semua pakaian di tingkat ini hanya ada di Uniqlo Ginza sahaja.

Memandangkan Daiso dah tumbuh melata di Malaysia, maka wajiblah kita singgah Daiso terbesar di Tokyo, iaitu di Takeshita Dori. Tak jauh dari Stesen Harajuku. Barang-barang majoriti 100 yen, lebih kurang RM3.80.

Masih tak berapa faham tujuan eskalator kontot ni dibina. Sedangkan tangga di sebelah cuma ada 7 anak tangga sahaja!

Eskalator masuk ke dalam Tokyu Plaza ini sangat kool sebab dikelilingi oleh cermin-cermin kaleidoskop.

Antara pengaruh anime dalam kehidupan masyarakat di sana.

Audi Forum Tokyo. Sebuah bangunan dengan rekaan yang susah aku nak gambarkan cantik dan uniknya. Terletak di Omotesando.

Inilah rupa (hampir) penuh bangunan Audi Forum Tokyo. Turut dikenali sebagai "The Iceberg". Kanta kamera tak cukup lebar nak tangkap rupa penuh dia. 

Tangga-tangga ke Yoyogi Stadium. 

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/932601070179657
Rojak Tokyo 3 Rojak Tokyo 3 Reviewed by Reazal on 9:44:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.