Rojak Tokyo 1

"Rojak" sebab gabung beberapa tempat dalam satu entri. Bersambung...

Rumah tumpangan sepanjang di Tokyo. Kali pertama guna servis Airbnb yang mana aku rasa ada pro dan con dia.

Antara kenangan manis bergambar dengan sedozen gadis Tokyo.

Di penghujung Spain Slope, sebuah lorong kecil sepanjang 100 meter dan dibarisi oleh kafe dan kedai yang agak hipster.

Lepas naik tangga di hujung Spain Slope, akan berjumpa dengan satu gedung fesyen Parco.

Nezu Shrine. Tiang-tiang berwarna oren seakan sama dengan Fushimi Inari Shrine di Kyoto, cuma jumlahnya lebih sikit. Jadi kalau tak sempat nak singgah Kyoto, boleh pergi yang di Tokyo.

Inilah antara kawasan klasik di Tokyo yang masih kekal terpelihara semenjak zaman Edo.

Tenang je di sini sebab tak ramai orang walaupun tempat ni cantik dan fotogenik.

Aku tutup mulut sebab sejuk. Tapi ramai juga khabarnya orang Jepun yang tutup mulut guna topeng bedah tu sebab malas nak bersosial melayan orang.

Di National Art Center. Masuk percuma, tapi ada bahagian pameran yang berbayar. Aku singgah lalu sini sebab nak masuk tandas je. Tapi tak rugi pergi sebab seni bina moden dia sangat cantik.

Roller coaster "Thunder Dolphin" di belakang tu sangat tinggi ok. No 8 tertinggi di dunia, siap tembus lalu bahagian atas bangunan coklat tu. Terletak di sebelah Tokyo Dome.


// Roman Jalanan © 2016
--- 

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/926071084165989
Rojak Tokyo 1 Rojak Tokyo 1 Reviewed by Reazal on 10:35:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.