Tocho Nama Manjanya

Satu lagi tempat percuma untuk melihat Tokyo dari mata burung selain Bunkyo Civic Center tempat aku terjumpa Izuka. Dipanggil Tocho, atau nama penuhnya Tokyo Metropolitan Government Building.

Tokyo Metropolitan Government ni tugas dia ibarat DBKL. Kalau DBKL menguruskan Kuala Lumpur, maka Tokyo Metropolitan Government menguruskan Tokyo. Begitulah sifir mudahnya.

Bagi aku, masuk dua tempat ni untuk menyaksikan pemandangan udara Tokyo pun dah cukup. Tak perlu panjat Tokyo Tower mahupun Tokyo Skytree yang harga tiketnya agak potong kaki melainkan duit di bank ada banyak angka sifar di belakang.

Tocho adalah bangunan yang dibina menggunakan duit rakyat. Jadi sebab itu percuma sahaja kalau nak masuk kawasan tinjau di Tingkat 45. Sebelum naik, ada pemeriksaan beg. Jujurnya aku tak tahu dia nak periksa untuk apa sebab aku tak jumpa pun apa-apa notis barangan larang dibawa.

Bahagian ruang legar di hadapan Tocho. Sangat lengang sebab hari Ahad agaknya. Orang gomen tak kerja.

Jadi aku rasa kalau nak bergambar di sini, eloklah datang hari minggu sebab kurang umat manusia berlegar-legar.

Model skala Tocho. Dua-dua menara yang macam tanduk tu kita boleh naik percuma. Tapi aku naik satu sahaja. 

Pemandangan dari tingkap.

Alololo comelnya. Di tingkat yang sama, ada kedai cenderahati dan juga kafe. Kalau ada yang berkenan, beli sahaja. Macam aku pernah cakap dulu, harga cenderahati di mana-mana di Tokyo adalah lebih kurang sama.

Nasib baik Izuka bagi buku nota. Dapatlah juga aku mengecop kenang-kenangan. Jadi, pastikan bawa buku nota bila ke sini!

Raikan Hanami! Ketika musim sakura, orang-orang Jepun akan bentang tikar, duduk, makan, minum dan melepak di bawah rimbunan sakura.

Pemandangan dari Tingkat 45 Tocho. Kelihatan Tokyo Tower nun jauh di sana. Kalau datang malam, mesti lebih cun dengan limpahan cahaya lampu dan neon.


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/901752613264503
Tocho Nama Manjanya Tocho Nama Manjanya Reviewed by Reazal on 2:23:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.