Kegilaan Shibuya Crossing

Antara benda yang gila tentang Tokyo adalah lintasan pejalan kaki tersibuk di dunia, iaitu Shibuya Crossing. Ini antara tempat paling ikonik di Jepun; selalu keluar dalam filem dan TV.

Dan sungguh, ini tempat terbaik untuk aktiviti melihat gelagat orang. Berbekalkan kemeriahan lampu-lampu neon, rasanya dekat sejam juga masa aku dihabiskan di sini dengan melintas jalan bersama lautan ribuan manusia yang lain dalam tempoh seminit, menonton orang busking, dan semestinya merakamkan gambar dan video.

Bila dah sampai sini, barulah aku tahu yang melintas jalan ni fun gila sebenarnya!

Hari Sabtu, jam 7:30 pagi. Shibuya Crossing sangat lengang.

Beberapa ketika sebelum lampu isyarat bertukar merah. Keadaan sangat berbeza pada waktu malam hujung minggu. Orang muda ramai keluar berhibur.

Cubaan menangkap gambar sewaktu orang melintas. Nasib baik tak kena langgar!

Kena pandai cari tempat kalau tak nak orang langgar atau melintas depan kita.

Salam Peace dari Tokyo. Tak sedar pula dia photobomb video aku. Haha.


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/859339387505826

Kegilaan Shibuya Crossing Kegilaan Shibuya Crossing Reviewed by Reazal on 4:29:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.