Bazar Aidilfitri Jalan Taiping, Klang

Tiap-tiap tahun bila nak raya, aku suka pergi Bazar Aidilfitri di Jalan Taiping, Klang. Lokasinya tak jauh dari Jambatan Kota, Klang.

Panjang keseluruhan dalam 1 KM; ditambah lagi dengan kedai dan pasaraya di sekitarnya, membuatkan aku rasa inilah Bazar Aidilfitri yang paling besar dan meriah di Malaysia.

Kalau dah bosan dengan yang di Jalan TAR, boleh cuba datang sini. Aku jamin, gempaknya tetap sama, atau mungkin lebih!

Pastikan makan secukupnya sebelum terjah. Tenaga dan stamina amat diperlukan untuk bergasak dan mencelah.

Bila tengok dari atas, nampak macam lengang sikit. Tapi bila di bawah, sesak yang amat.

Manusia-manusia yang bergerak.

Melihat dari jendela.

Gerai-gerai berkhemah Arabian ni memang selalu ada di sini. Tak terhad pada musim raya.

Ada sesi karaoke di Dataran Seni. Macam tak sesuai pula aku rasa sebab lagi banyak yang nyanyi lagu dangdut dari lagu raya.

Batman dan Superman dah tak bergaduh lagi sejak kedatangan Ramadan.

Salah satu gerai yang masak dodol secara siaran langsung.

Kalau boleh datang naik motor lagi bagus. Susah nak cari parkir untuk kereta.


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/845794518860313
Bazar Aidilfitri Jalan Taiping, Klang Bazar Aidilfitri Jalan Taiping, Klang Reviewed by Reazal on 11:59:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.