Menara Condong Teluk Intan

Entah kenapa, asal lalu Teluk Intan mesti singgah di Menara Condong. Macam ada semangat melambai-lambai menjemput aku naik ke menara klasik berusia lebih 130 tahun ini. Aku gali khazanah gambar lama di gerobok komputer: 2010 pertama kali naik, kemudian 2013 dan terbaru pada 2016.

Nampak tak? Setiap 3 tahun sekali, aku akan melepak di sini.

Jadi rasanya tahun 2019, kalau ke sini lagi, aku nak tangkap gambar acah-acah menahan menara ni daripada tumbang. Alah, macam pelancong selalu buat di Menara Condong Pisa, nun jauh di Itali.

Dahulu berfungsi sebagai tangki air. Kini hanya menjadi menara jam. Di sini adalah Tingkat 3 menara. Kalau mendongak, boleh nampak tangki air besar.

Penyakit ini namanya "Sindrom Terlalu Gembira Dapat Naik Menara Condong".

Ada gambar-gambar lama berkaitan Telok Anson (nama lama Teluk Intan) digantung di dalamnya.

Tingkat 3 adalah tingkat paling luas. Bolehlah duduk-duduk kejap.

Ada 110 buah anak tangga semuanya. Ruang tangganya sempit dan berpintal.

Sekitar tahun 1920-an, rupa-rupanya di depan menara ada macam sebuah tasik? Atau kolam? 

Di bahagian bawah menara, boleh duduk-duduk rupanya. Baru aku perasan.

Mengabadikan kenangan manis bersama Menara Condong dan seorang makcik yang tidak dikenali. Masuk percuma sahaja. Tapi kena tulis nama pada Buku Pelawat di pintu masuk.

Lepas turun dari menara, bolehlah singgah makan dan minum di Medan Selera Menara Condong. Ada banyak pilihan.


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/841920445914387
Menara Condong Teluk Intan Menara Condong Teluk Intan Reviewed by Reazal on 6:31:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.