Fenomena Beting di Pulau Mawar

Mahu berjalan di atas beting di Maldives, entah bila datang rezekinya. Jadi aku pun jalan dulu atas beting buatan Malaysia. Salah satu beting di negara kita ada di Mersing. Tapi apa dia "beting" ni?

Beting adalah satu kejadian alam di mana timbunan pasir yang panjang duduk merintangi laut. Dalam kes di Mersing, kita boleh berjalan kaki sahaja dari pantai sehinggalah ke Pulau Mawar. Biasanya beting muncul bila air surut.

Apa pun, aku sendiri tak tahu apa ada di Pulau Mawar. Yang aku tahu, ada aktiviti mendaki di situ. Ada juga beberapa spot cantik untuk fotografi.

Waktu aku di beting, memang tak ada siapa pun di situ melainkan aku dan isteri. Mungkin sebab jam sudah hampir pukul 6. Ditambah dengan cuaca muram. Manakala tempat berlakunya fenomena beting ini memang agak terpencil. Bahkan tak ada papan tanda langsung untuk ke sini. Pendek kata, ini bukan tempat popular untuk orang Mersing dan juga orang luar walaupun fenomena beting ini sukar untuk kita temui.

Aku tak berani berjalan habis sampai ke Pulau Mawar kerana keadaan cuaca yang tak menentu. Kalau beting tu tertutup dengan laut macam mana? Nanti tak pasal-pasal malamnya keluar berita di TV3 dan Astro Awani tentang sepasang suami isteri terpaksa diselamatkan bomba setelah terperangkap di Pulau Mawar.

Tempat permulaan beting untuk menuju ke Pulau Mawar.

Itulah di Pulau Mawar. Anggaran aku jarak beting menuju ke sana sekitar 450 meter.

Inilah sebab utama aku terpaksa batalkan niat ke Pulau Mawar. Ombak deras datang dari arah kiri dan kanan dek cuaca yang menggila membuatkan beting ini macam nak tertutup.

Perjalanan balik dari Pulau Mawar terjumpa sekawan kerbau. Comel pula aku tengok mereka baring lepak-lepak dengan burung.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/813311188775313

Fenomena Beting di Pulau Mawar Fenomena Beting di Pulau Mawar Reviewed by Reazal on 7:10:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.