Paragliding Bukit Jugra

Aku suka naik Bukit Jugra bukan sebab nak tengok sukan paragliding. Tapi sebab suka ketenangan di atas sana. Boleh duduk-duduk di sebelah rumah api sambil melihat Jugra yang penuh dikerumuni kelapa sawit.

Tapi kalau nak cuba paragliding pun boleh. Aku pun terasa juga nak cuba. Tapi sebab RM180 satu kepala untuk sesi terbang dalam 5 minit, tak berbaloi pula aku rasa. Sebab tambah sikit lagi, baik aku terbang pergi balik ke Jakarta dengan Air Asia!

Datang tengok tak kena bayar.

Bersiap sedia sebelum terbang. Kena ada ilmu baca angin.

Selat Melaka nun jauh di sana.

Tinggi di awan biru.

Pakcik ni datang dari Johor dengan anak cucu. Aku rasa keluarga pakcik ni dalam 3 kereta datang.

Asal ada tempat rekreasi, mesti ada monyet. Jangan bagi monyet-monyet ni makan sebab dia akan bawa lagi ramai kawan-kawan dia datang.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/romanjalanan/posts/1009570085769658
Paragliding Bukit Jugra Paragliding Bukit Jugra Reviewed by Reazal on 9:23:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.