Pantai Kelanang

Sebenarnya tak pernah tahu pun kewujudan Pantai Kelanang di Banting walaupun mak asal dari situ. Ini pun terjumpa sebab aku keluar ikut jalan lain dari Bukit Jugra lepas tengok orang main paragliding.

Kalau rasa dah selalu sangat pergi Pantai Morib, aku rasa Pantai Kelanang boleh dijadikan alternatif. Lagi-lagi sebab ada tempat khas disediakan kalau nak berkhemah.

Cuma 2 benda buat aku fobia di sini. Pertama, tandasnya "seram". Kedua, ada dalam 10 ekor monyet dengan selambanya bergurau-senda atas kereta aku waktu mahu pulang.

Spot yang agak tenang untuk duduk-duduk. Kalau nak meriah sikit, boleh pergi ke spot utama yang ada orang berkhemah dan taman permainan.

Menanti terbenamnya mentari. Waktu ni air pasang. Kalau pergi waktu air surut, boleh jalan-jalan atas pantai.

Ada orang main drone. Best tengok!

Sesekali ombak dibelah oleh bot yang mendatang.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/782496288523470
Pantai Kelanang Pantai Kelanang Reviewed by Reazal on 8:57:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.