Pantai Cahaya Negeri

Kalau nak rasa ketenangan laut Port Dickson, jangan pergi ke Pantai Teluk Kemang. Di situ sesak sangat dengan macam-macam aktiviti rekreasi laut. Teluk Kemang ni dah jadi "mainstream" sangat di kalangan orang luar dari PD.

Jadi untuk sesekali melawan arus, aku cadangkan pergi ke Pantai Cahaya Negeri. Di sini tenang sedikit suasananya. Tak ada orang main bola tampar pantai, tak ada bot pisang, tak ada speed boat. Tak ada semua tu. Ramai datang untuk duduk-duduk tepi pantai menghirup udara masin laut. Ada juga yang masak BBQ, ada pakcik main gitar untuk isteri dia dan ada nelayan duduk mengeteh di bawah pohonan rhu. Sesekali akan berselisih dengan pasangan pengantin yang mengabadikan kenangan Raja Sehari mereka di sini.

Pendek kata, di sini kita dapat lihat manusia meraikan kehidupan dengan cara yang lebih tenang dan santai.

Jeti yang nampak macam masih baru dibina. Ada aktiviti memancing di sini.

Bot nelayan yang entah masih elok atau pun dah rosak.

Menuju ke arah jeti lama yang ramai benar pengantin nak tangkap gambar di situ.

Jeti ini amat seksi.

Kucing ini sedang cari jodoh. Kasi tolong sikit.

Bebudak ni main tolak-tolak atas buaian gantung.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/794626443977121

Pantai Cahaya Negeri Pantai Cahaya Negeri Reviewed by Reazal on 10:00:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.