Kuala Pilah Most Wanted Yo!

Kuala Pilah ni katanya daerah paling pekat loghat Negeri Sembilan-nya. Tapi entahlah, rata-rata orang yang aku jumpa di sana, biasa sahaja loghatnya. Aku rasa orang Negeri Sembilan ni pandai sembunyi loghat bila berbual dengan orang luar. Tak macam orang Kelantan. Sehebat mana pun dia cuba sembunyi loghatnya, kita mesti boleh kesan juga.

Kalau Taiping menjadi tempat yang menerima paling banyak hujan di Malaysia, Kuala Pilah ni pula terbalik. Kuala Pilah adalah kawasan yang paling kering di negara kita. Memang terbukti fakta ni sebab masa aku di sana, hujan lebat sangat susah nak turun walaupun awan mendung berarak di langit.

Oh, dan di daerah Kuala Pilah jugalah terletaknya Bandar Diraja Seri Menanti. Memang wajib singgah!

Di Perkampungan Budaya Terachi. Terletak di simpang tiga laluan masuk ke Seri Menanti. Kawasannya cantik; ada sawah padi dan bukit-bukau. Tapi sayang, perkampungan budaya ni dah jadi projek gajah putih.

Gerbang masuk ke Bandar Diraja Seri Menanti. Agak lengang sebenarnya Seri Menanti yang terletak di lembah bukit-bukau yang menghijau.

Istana Lama Seri Menanti setinggi empat tingkat. Dibina tanpa menggunakan sebarang paku logam sekitar awal 1900-an.

Dari Seri Menanti, bergerak ke pekan Kuala Pilah yang terkenal dengan masakan salai lemak cili api. Di kiri dan kanan jalan, ada banyak gerai menjual ayam dan itik salai.

Sempat juga singgah D'Crystal yang terletak di Rembau. Lebih kurang sejam juga memandu dari Kuala Pilah. Terima kasih kepada Abang Razak yang merupakan Pengurus Operasi & Pemasaran tempat ini yang sudi melayan aku dan isteri walaupun tempat ni dah tutup awal hari Sabtu.

Dan tak jauh dari Rembau, ada Wet World Air Panas, Pedas. Aku tak masuk pun sebab tak sempat. Sekadar beli pau gebu 50 sen. Itupun sebab Abang Pau Gebu ni dari jauh dah lambai-lambai aku suruh singgah gerai dia.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/790982987674800
Kuala Pilah Most Wanted Yo! Kuala Pilah Most Wanted Yo! Reviewed by Reazal on 3:40:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.