Bukit Ramlee Ini Wak Ramli Yang Punya

Di Meru ada Bukit Ramlee. Tempat rekreasi yang agak popular pada pagi minggu di kalangan peminat sukan lasak. Untuk menawan bukit ni, biasanya orang guna basikal mountainbike. Yang guna motor scrambler pun ada, bahkan kereta Kancil pun ada hoi! Tapi aku guna skuter saja.

Malangnya kalau dua orang serentak membonceng, kura-kura jalan lagi laju sebab cerun di situ agak curam. Silap sedikit, memang alamatnya tergolek anjing. Lagi-lagi masa aku datang, musim panas membuatkan tanah merahnya gersang dan berpasir. Dilanggar kenderaan, habuk dan debu naik bergabung membentuk jerebu merah.

Waktu dah naik separuh jalan, aku berhenti kejap. Saja nak tengok pemandangan sambil menghirup air kopi hipster terlebih susu (menyesal beli!). Tetiba datang satu Toyota Hilux warna perak berhenti di tepi. Tingkap gelapnya diturunkan. Seorang pakcik dalam lingkungan lewat 50-an tegur menyapa dari dalam Hilux-nya. Aku pun layankan saja.

Rupanya bila dah sampai atas, baru aku tahu yang tegur tadi tu namanya Wak Ramli, iaitu tuan tanah dan penjaga bukit ini. Wak Ramli ni pun orang Jawa Meru juga. Duduk dekat-dekat dengan sekolah.

Di puncak Bukit Ramlee, boleh nampak segenap inci kariah Meru dan Kapar sehingga ke hujungnya. Ufuknya bercantum dengan Selat Melaka.

Jalan Awin yang menjadi pintu masuk ke Bukit Ramlee. R&R memang betul-betul ada di atas. Tapi bukanlah macam R&R di lebuhraya. Sekadar sebuah kedai minum biasa.

Ikut sahaja papan tanda. Antara cerun yang paling mencabar untuk didaki. 

Sejurus sebelum Wak Ramli datang menyapa.

Atas bumbung stor terbiar yang ada tempat melepak.

Dah tersalah jalan sebenarnya. Kalau terjumpa kawasan ni, maknanya dah terlepas simpang naik ke puncak. Wak Ramli bilang ini jalan menuju ke kebun.

Pemandangan di puncak bukit. Bila hari makin senja, boleh nampak Pelabuhan Klang bercahaya dengan lampu. Yang ada 3 serombong asap tu, adalah Kapar Energy Ventures. Barulah aku tahu stesen janakuasa kedua terbesar di Malaysia adalah binaan paling besar dan tinggi di seantero Meru dan Kapar.

Aku turun kira-kira 5 minit sebelum Maghrib. Tak nak turun waktu hari dah gelap sebab jalannya tak berlampu! Oh ya, kalau datang ke sini petang Ahad, balik tu bolehlah singgah Pasar Malam Pekan Meru di Jalan Paip.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/798332236939875
Bukit Ramlee Ini Wak Ramli Yang Punya Bukit Ramlee Ini Wak Ramli Yang Punya Reviewed by Reazal on 2:48:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.