Malam di Batu Feringghi & Persiaran Gurney

Waktu malam, wajib bertandang ke 2 tempat di Penang. Pertama, Pasar Malam Batu Feringghi. Kedua, Medan Selera di Persiaran Gurney.

Pasar malam Batu Feringghi, tiap-tiap malam ada. Konsep lebih kurang sama macam Wakaf Che Yeh (Kelantan), Gerbang Malam (Ipoh) dan Pasar Karat Johor Bahru. Tetapi, yang di Penang, aku rasa lebih unik berbanding 3 tempat yang aku sebut tadi. Dan di sini mak bapak yang bawa anak kena lebih waspada sebab lokasinya yang betul-betul di atas bahu jalanraya utama yang agak sibuk.

Medan Selera Persiaran Gurney juga sama seperti medan-medan selera yang lain. Cuma lokasinya di atas pulau syurga makanan. Cuma sempat membaham rojak dan nasi lemak di sini.

Datang sewaktu Krismas dah nak dekat. Jadi ada beberapa restoran yang memasang pokok krismas.

Aku perhatikan pasar malam ni banyak jual lampu-lampu perhiasan. 

Tiada wanita, tiada tangisan!

Pelukis jalanan kaki lima yang agak serius raut wajahnya ketika melukis.

Ini tangkap gambar curi-curi sebenarnya sebab ada amaran "Dilarang menangkap gambar". Menarik juga apa yang dia jual ni. Dan tak susah nak tiru kalau kita pandai main dengan Adobe Illustrator.

Jalan "Solok Gurney 1". Aku tak pasti apa maksud "solok" ni. Kalau ikut Kamus Dewan, solok ada 2 maksud: Lembah atau sumbangan. Kena parkir kereta yang sedikit terpencil di jalan ni sebab kalau nak makan di sekitar Persiaran Gurney, maka aku ucapkan "All the best" untuk cari tempat parkir yang cantik dan dekat. Sama susahnya macam nak menang loteri. 

Sebagai peminat susah mati rojak pasembur, aku boleh jamin rojak ni sedap. Cuma aku rasa agak mahal. Jangan ambil sembarangan kalau tak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada dompet anda.

Gambar ni pada malam ke-2 aku di Penang. Malam pertama aku jumpa makcik ni, dia ajak singgah makan di sini. Tapi aku nak makan rojak. Sebab dia sungguh-sungguh ajak dan peramah pula tu, jadi malam ke-2 aku pun singgah. Nasi lemak sedap. Tapi yang paling sedap ayam goreng dia. Sambal boleh "re-fill". Cuma satu je masalahnya. Malam ke-2 aku singgah, makcik ni ada sedikit misterinya. Apa yang misterinya, silalah berkunjung 2 kali ke gerai ni

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/769578589815240
Malam di Batu Feringghi & Persiaran Gurney Malam di Batu Feringghi & Persiaran Gurney Reviewed by Reazal on 7:23:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.