Kedai Buku Terpakai Pasar Chowrasta

Kalau bukan ulat buku sekali pun, aku tetap cadangkan agar menjenguk Pasar Chowrasta di Lebuh Tamil, Georgetown. Di Tingkat 1 pasar yang berusia lebih 100 tahun ini, ada beberapa buah kedai buku terpakai yang menjual dengan harga semurah 50 sen.

Novel Melayu, novel Inggeris, kamus, ensiklopedia, majalah, komik, buku sekolah; pelbagai genre semuanya ada! Kemungkinan besar kita akan "lemas" memburu buku yang kita mahukan di sebalik ribuan buku yang disusun membukit ke siling.

Jadi jangan segan bertanya dengan tuan kedai sebab dia boleh ingat dan cari di mana buku tersebut sekiranya ada, dalam masa yang singkat.

Kedai kecil, tapi buku bertimbun. Jadi laluan agak sempit.

Pakcik Gulam Mohamed yang telah berniaga lebih 30 tahun. Aku beli buku seram "rare" Siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis dari kedai pakcik ni.

Di kedai lain pula. Di sini aku beli Under the Dome oleh Stephen King. RM18 sahaja.

Tingkat bawah Pasar Chowrasta menjual barang-barang basah. Selain buku terpakai, pasar ini terkenal dengan jeruk. Nak jeruk apa, semua ada di sini.

Tidak jauh dari Pasar Chowrasta, ada kedai legenda Ais Tingkap. Dari mana datang "tingkap"? Katanya dulu, air tu dijual melalui tingkap. Sekarang dah tak ada tingkap lagi.

Inilah dia Ais Tingkap. Boleh mengubati badan yang kepanasan dek cuaca yang bahang.

Selera Chowrasta masih menjual RM2.50 sepinggan sejak 30 tahun berniaga. Dan baru aku tahu, PALAT ini rupanya "Peace and Love All Time"!

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/772867856152980
Kedai Buku Terpakai Pasar Chowrasta Kedai Buku Terpakai Pasar Chowrasta Reviewed by Reazal Lazaer on 4:02:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.