Kamera Legenda di The Camera Museum

Peminat kamera wajib singgah The Camera Museum di sebuah lot kedai 2 tingkat di Lebuh Muntri. Ada lebih 200 kamera pelbagai zaman di sini. Ada juga "Bilik Gelap" untuk merasai suasana bilik memproses kamera filem yang popular sebelum lahirnya kamera digital.

Bayaran masuk RM20 untuk dewasa. Tukang jaga tiket tanya aku dan isteri dari mana. Aku jawab dari Selangor. Terus dia kata "Orang Selangor RM10 sahaja". Haha tapi aku rasa sebab aku datang hari Isnin dan tak ramai orang. Ada dalam 2-3 pengunjung lain sepanjang 45 minit aku di situ. Itu sebab dia bagi diskaun 50%.

Kamera dulu besar-besar. Sekarang besar ada, kecil ada. 

Katanya selfie pertama di dunia. Diambil sekitar 1920-an.

Pencahayaan muzium ni bagus. Ada tempat dibiarkan gelap, ada yang dipasang lampu, ada yang dibiarkan sahaja cahaya luar menerjah jendela.

Laluan yang sengaja dibiarkan gelap.

"Dark Room" atau Bilik Gelap yang berwarna merah sebenarnya.

Kamera yang boleh membunuh. Kamera "machine gun" ini dicipta oleh syarikat Jepun yang akhirnya bergelar Konica. 

Lama tak nampak benda ni. Salah satu cara orang "dulu-dulu" simpan gambar. Ada projektor yang boleh tayang klip filem jenis ini di layar besar. 

"(Kamera) Filem Belum Mati". Yang lahir tahun 2000 ke atas, aku jamin mesti ramai tak tahu apa benda ni. Dulu selalu kita jadikan roll film ini sebagai rantai kunci sesudah ia kosong.

Kepingan gambar Street Art yang popular di Georgetown.

Replika kamera besar di bahagian pintu masuk.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/776199535819812
Kamera Legenda di The Camera Museum Kamera Legenda di The Camera Museum Reviewed by Reazal on 5:08:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.