Tokong Ular Pulau Pinang

Penang terlalu banyak tempat menarik dan fotogenik. Tapi satu masalah aku dengan Penang. Memandu di Penang buat aku rasa pemandu di KL dan Selangor macam malaikat baiknya.

Apapun, hari pertama di Penang aku tak singgah melibur di Georgetown. Sebab hari tu Ahad dan cuti sekolah. Dah tentu sendat macam tin sardin dekat situ. Jadi aku tawaf satu pulau dulu, bermula dari USM, turun ke selatan, naik atas balik ke utara hinggalah ke pinggir Georgetown. Lebih kurang 70km.

Lepak sebentar di USM lepas ~90 minit memandu dari Taiping. Pinjam kejap Volkswagen Kombi orang untuk tangkap gambar.

Tokong Ular yang terletak di Bayan Lepas. Tapi tak nampak pula ada ukiran ular di situ. Naga dan harimau ada la.

Salah satu ukiran naga di situ. 

Di kawasan patio.

Macam pernah nampak abang ni selalu keluar berlakon TV era 90-an.

Dari Bayan Lepas singgah di kedai laksa terkenal di Teluk Kumbar. Laksa Tempurung namanya. Agak sukar nak mencari kedai ni walaupun menggunakan GPS.

Laksa dan ABC dihidangkan di dalam tempurung kelapa. 

Sambung bergerak ke Kampung Sungai Burung.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/758326547607111
Tokong Ular Pulau Pinang Tokong Ular Pulau Pinang Reviewed by Reazal on 6:23:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.