Ladang Kuda Kacak di Pulau Pinang

Di Pulau Pinang ada sebuah ladang kuda yang besar, tapi agak terpencil jauh ke dalam. Countryside Stables Penang namanya. Kalau nak tengok kuda yang kacak dan gagah, boleh la ke sana!

Bayaran masuk RM5 seorang untuk pemegang MyKad. Kalau nak bagi makan kuda, satu bekas RM5 yang mengandungi rumput import yang mana aku rasa agak mahal.

Katanya, dia ditugaskan mengelap gigi kuda. Berat tugasannya tu. Hehe.

2 ekor kuda, 1 orang manusia

Masa untuk abang kuda ni beraksi.

Kuda paling pelik di sini. Dia macam terlebih gembira. Bila nak bagi dia makan, bukan main dia tayang gigi. Serius, kalau ke sini, wajib cari kuda putih bergigi besar ni.

Pandangan dekat gigi kuda terlebih gembira tu. Memercik air liur dia bila nampak rumput!

Begini ye adik-adik cara menyikat kuda.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/761772673929165
Ladang Kuda Kacak di Pulau Pinang Ladang Kuda Kacak di Pulau Pinang Reviewed by Reazal on 12:00:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.