Setenang Empangan Teluk Bahang

Kalau di Selangor, empangan paling cantik ada di Kuala Kubu Bharu. Empangan Sungai Selangor orang panggil; yang kalau airnya mula mengering, mahu menggelabah juga penduduk Lembah Klang macam tahun 2013 tempoh hari.

Aku ingat Empangan Sungai Selangor tu dah cukup cantik. Rupanya di Penang, Empangan Teluk Bahang lagi berganda godaan cantiknya. Kalau Empangan Sungai Selangor kita hanya boleh lepak di tepi jalan, tapi empangan terbesar di Pulau Pinang ni kita boleh masuk hingga ke bahagian dalam.

Legenda urban mendakwa ada ikan naga dan toman gergasi hidup di dalamnya. Juga ada cerita mistik lain yang mana seekor ular tedung sebesar pemeluk sebagai "penunggu" kawasan ini. 

Batu-batu besar penebat empangan. Tak sepatutnya turun ye..kata Pak Guard.

Di bahagian dalam empangan.

Ada kerusi-kerusi disediakan di sepanjang jalan masuk ke empangan.

Aktiviti sukan perahu naga dilakukan di sini.

Saujana mata memandang.

Jalan masuk ke bahagian dalam empangan. Tempat sesuai melepak waktu petang menenangkan fikiran.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/765173943589038
Setenang Empangan Teluk Bahang Setenang Empangan Teluk Bahang Reviewed by Reazal on 7:15:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.