Sepetang di Jambatan Kota, Klang

Minggu lepas gigih menjelajah Jambatan Kota lepas pekena cendol sedap di Pasar Jawa, Klang. Inilah satu-satunya jambatan dua tingkat yang ada di Malaysia.

Tak jauh pun jambatan klasik ni dari Pasar Jawa sebenarnya. Jambatan ni dah tak berapa digunakan selepas siap jambatan baru yang lebih besar di sebelahnya.

Hanya motor, basikal dan pejalan kaki yang guna jambatan ni sekarang. Juga menjadi lubuk yang agak terkenal di kalangan kaki pancing.

Bahagian bawah jambatan "double-decker".

Jarak masjid dengan jambatan ni cuma jauh selontar batu.

Jambatan Kota. Semenjak 1957

Port bawah jambatan. Macam mana diorang pergi bawah sini aku pun tak tahu. 

Tempat tumpuan kaki pancing. Aku tanya seorang pakcik ni, dia cakap sini ada banyak ikan sembilang.

Nah, ikan sembilang!

Bahagian atas jambatan ni hanya motor boleh lalu. Tapi jarang-jarang nampak motor mahupun manusia yang lalu. 

Sejarah jambatan ini secara ringkas.

// Roman Jalanan © 2015
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/741372799302486
Sepetang di Jambatan Kota, Klang Sepetang di Jambatan Kota, Klang Reviewed by Reazal on 3:30:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.