Terbang Melayang di Pantai Remis

Pantai Remis di Jeram tak sepopular Pantai Morib di Banting. Tapi di sinilah antara tempat popular bagi mereka yang mencari makanan laut. Kalau dahulu tempat ni tak berapa teratur. Tapi sekarang kemudahan dah jauh lebih baik.

Di sini aku suka makan kerang bakar di sebuah kedai makan yang betul-betul terletak di tepi pantai. Tapi kali ni aku datang, pukul 6:30 petang, kerang bakar dah habis.

Jadi apa yang "terbang melayang" di Pantai Remis? Sebab di sini tempat popular orang main layang-layang di waktu petang.

Selamat Datang ke Pantai Remis. 

Walaupun dalam gambar ni nampak mendung, tapi sebenarnya cuaca baik dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Sebab tu ramai orang main layang-layang

Cuaca baik di arah laut.

Kasi betul dulu tali kasut sebelum kasi layang-layang terbang.

Sentiasa penuh dengan manusia di kala petang hujung minggu.

Antara pantai terbaik kalau nak lihat matahari terbenam. Tapi kalau nak mandi tu, kena fikir banyak kalilah sebab airnya tak berapa bersih.

// Roman Jalanan © 2015
Terbang Melayang di Pantai Remis Terbang Melayang di Pantai Remis Reviewed by Reazal on 12:04:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.